Blogger Templates

sing together

Saturday 13 April 2013

Disebalik wajah itu

 annyong friends.. assalamualaikum...
Ryu are back. :)
this are my new post... hope u all enjoy..

Lihat disana,wajah yang sedang tersenyum gembira,senyuman yang terukir mesra yang memberi banyak makna tanpa sedar.Disebalik  wajah yang sedang tersenyum itu,tersimpan beribu rahsia,berjuta derita yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata ,yang tak mampu diluahkan dengan bicara.Tanpa semua orang sedar,disebalikwajah yang sedang tersenyum itu, adalah wajah yang sering menitiskan air mata menangisi setiap derita.Tangisannya sukar dilihat kerana riak wajahnya tidak menggambarkan perasaan sebenarnya.Disebalik wajah yang sedang tersenyum itu,siapa sangka bahawa hatinya sakit dan menangis,hatinya merintih belas kasih.Namun, siapa yang tahu bahawa hati itu sedang berusaha untuk cuba bertahan demi meneruskan kehidupan.Wajah yang sering tersenyum itu akan termenung merenung nasib dan hari-hari yang bakal dilalui,tatkala sunyi menyelubungi, wajah yang tersenyum itu sering duduk mendongak langit mengimbas apa yang telah berlaku sepanjang kehidupan.Wajah yang tersenyum itu,sering inginkan yang terbaik buat semua disekelilingnya,selalu ingin memberi kebahagiaan kepada yang tersayang.Disebalik wajah yang sedang tersenyum itu,memiliki hati kecil yang sering dikhianati.kasihan, wajah yang sering tersenyum itu pernah merasa putus asa,luntur senyuman diwajah itu, namun tabahnya hati kecil itu memujuk wajah suram untuk terus mengukir senyum.Kuatnya hati itu,wajah itu masih mngukir senyuman yang sangat ceria semata-mata untuk menceriakan harinya.Wahai hati, setiakah engkau menanggung dan menemani wajah yang sering tersenyum itu untuk terus mengukir senyum???  Wahai hati, kuatkah engkau untuk terus bertahan??? Kata wajah" Hati maafkan aku,aku tahu  engkau sakit menahan derita,engkau sering merintih,namun aku hanya mampu untuk tersenyum, Hati, besar pengorbanan mu buatku, wahai hati,terima kasih kerana masih setia, Hati, tanpa mu aku tidak bisa untuk mengukir senyuman aku mati tanpa kamu." Jawab hati" Aku tahu, hanya itu yang kau mampu,untuk cuba menenteramkan aku, jangan risau,selagi aku mampu untuk bertahan,aku akan setia menemani mudan senyuman diwajahmu takkan pernah hilang. Aku, Hati, akan setia denganmu sampai aku mati." Sedarkah? betapa tabahnya hati dan betapa perit untuk wajah mengukir senyuman untuk menutup semua cerita dan kisah,untuk melindungi segala rahsia.
WAHAI HATI, BERSABARLAH :)

itu sahaja buat hari ni lain kali jumpa lagi
byeyeom ^_^

No comments:

Post a Comment