Blogger Templates

sing together

Thursday 17 January 2013

buka mata semua!!



Look at this world
   with the eyes of your heart
      you will find it ugly and loathsome

Look at it with your physical eyes
   it will lure you to the side and slaugther you
-RyuK-

Jom kita merendah hati!!!

Hi ollzs.
ermm assalamualaikum, okay entri ni aku buat lepas apa yang aku baca majalah Sinergi, tajuk artikel tu" Duhai hati Merendahlah"

Sekarang ni zaman yang banyak bergantung kepada  internet, dunia IT, kalau dulu kita ada Friendster,Myspace, sekarang hampir 99.9 % manusia di seluruh dunia mempunyai account Facebook atau pun Muka buku.

Virus "Budak Hott" kini semakin menular dan berleluasa
(wow berleluasa ayat tak boleh go>.<)
Menjadi "Budak hott" tak salah tetapi janganlah kita terlampau membangga diri dengan gelaran tersebut. Kita hidup di dunia sama sahaja, tak ada beza.
back to our topic, heheh bawah ni baca ekkk :D

Dari artikel yang aku baca, guru yang mengajar tidak berpuashati dengan hasil kerja rumah murid-IInya. Tetapi itu tidak bermakna , dia boleh marah murid tersebut sesuka hati, inikan pulak dengan cara memarahi, melempar buku keluar,mengkeji murid tersebut dengan kata-II yang buruk untuk didengar.Memalukan kannn kann kann???
Akhlak seorang guru yang begitu, tiada langsung kelembutan dan hemah dalam mendidik. Kalau macam tu la akhlak seorang guru, macam mana pulak dengan akhlak murid-II yang diajarnya??

Jika pelajar yang ditegur dengan cara yang kasar akan merasa terkilan, sedih dan mereka juga boleh patah semangat dan tak ada hati pun untuk belajar, dari situ lah berlakunya kegiatan ponteng kelas dan ponteng sekolah.Memang betul guru tu mempunyai hak untuk marah dan menghukum pelajar yang tidak melaksanakan arah dengan teliti dan tepat tetapi bukan dengan cara yang kasar.

Betul, guru mempnyai hak untuk marah anak murid yang tidak bertanggungjawab melaksanakan tugasnya, sama juga seperti majikan yang punya jawatan tinggi dan berhak untuk memecat atau menghukum orang bawahannya. Jika begitu, apakah orang berkuasa memang berhak untuk marah dan menyombong diri??

Dari Muadz bin Anas,berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,"barangsiapa yang menahan marahnya,sementara ia mampu menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hari Kiamat, hingga ia dibebaskan untuk memilih bidadari syurga yang tercantik".
hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi

Sesetengah orang hidupnya begitu teratur,tanpa orang lain dia masih mampu untuk hidup sendiri,merancang,mengurus, mengawal dan mempengaruhi orang lain.walaupun tanpa orang lain disisi dia masih mampu untuk hidup seperti biasa, keyakinan yang diperolehnya membuatkan dia mampu untuk menerima kehadiran manusia disisinya dengan baik. 
Ini pula contoh orang yang merasa cukup dalam dirinya, membuat hidupnya tidak memerlukan orang lain didalam hidupnya. Kehadiran manusia lain yang dianggap sebagai "menyusahkan"dirinya.Jika orang lain melakukan kesilapan, dia tidak akan memperbetulkan dengan baik malah mencaci dan mengeji orang tersebut.

Diatas adalah contoh orang yang bersifat sombong.Orang yang sombong sukar untuk memberi apa yang diperlukan oleh orang lain, kerana dirinya sendiri juga tidak memerlukan apa-II dari orang lain.Ketika orang lain mengharapkan perhatian,orang yang sombong ini gagal memberi.Hasilnya, orang sebegini sukar didekati dan tidak mendapat kasih sayang dari orang sekitarnya. Hal ini mungkin berlaku pada diri kita, saat kita mengadu sukar mendapat kawan dan perhatian padahal orang sekeliling yang banyak memberikan perhatian dan sudi untuk berkawan dengan kita.tTidak hairanlah jika tidak ada siapa yang ingin berkawan dengan orang bersifat sombong ini.
Tidak hairanlah ianya berlaku,sewajarnya kita evalusi dahulu sudahkah kita memberi perhatian yang diperlukan atau sebaliknya?Bukankah siapa memberi,dia akan menerima kembali?Maka duhai hati, merendahlah dan hentikan sikap meninggi diri.Berhentilah menyombong diri pada orang lain dan juga pada Allah SWT yang Maha Esa,pencipta satu-II nya.Tidak sedikit orang-II yang sombong didunia ini dan mudah-IIan kita bukanlah tergolong di kalangan orang-II yang sombong.

Merendahlah,
seperti bintang di langit,
yang berkelip tanpa henti,
diatas air ia nampak dekat,
padahal ia tinggi sekali,
janganlah jadi seperti asap,
yang membumbung tinggi,
menmbus awan menbangga diri,
padahal ia rendah tiada erti.

Okay la geng, renung-IIkan dan selamat beramal, tepuk dada tanya iman(he5 >.<)
jumpa lagi lain kali jaga diri dan assalamualaikum, byeyeom(>.<)

Last post

Assalamualaikum,
hello there, apa khabar? Fierul sihat jer.. (>.<)
ermm ni entri last sebelum Fierul pergi asrama. Banyak benda dah jadi sebelum ni. Tapi Fierul mengaku salah tu dari diri Fierul sendiri jadi redha jer la.

 Beberapa hari sebelum Fierul selesaikan semua urusan kemasukan Fierul ke asrama selesai, Fierul ada selisih faham dengan ayah Fierul.
Sebelum ni Fierul ada cerita pasal Mr. teddy dan jugak ayah Fierul yang tak bagi Fierul pergi asrama. Rupa-II nya memang betul ayah Fierul tak bagi,dia tak suka Fierul masuk asrama.

Sedih nya berselisih faham dengan ayah, ayah tak tegur Fierul pun tak tegur ayah, masing-II keras kepala. Fierul sedih kalau dari dulu cakap dia tak bagi Fierul masuk asrama, seriously.. I mean Sumpah!!! Fierul takkan mohon masuk asrama. Disebabkan hal tu, ayah rampas balik handphone yang dia bagi dekat Fierul, netbook pun dia ambik , Fierul tengok netbook tu ayah rosakkan depan mata Fierul, aduh sakitnya.

Seriously, could everyone imagine? bile something yang korang sayang kena rampas, then di rosakkan depan mata korang, apa korang rasa? Mesti sakit kan?
Just imagine, handphone kena rampas, sim card tu ayah potong depan mata, weiyh seriously sakit!!!!!!

Oleh sebab tu, Fierul da tak dibenarkan on9,hubungan Fierul dengan Mr. teddy pun jadi renggang , susah..mak mintak fierul untuk lupakan Mr. teddy , hummm sedihh, sakitnya hati ni. Hubungan dengan Mr. teddy dah nak masuk 8 bulan ermm, dah lebih dah pun Fierul sendiri tak ingat. Mustahil lah Fierul dapat lupakan Mr. teddy dengan sekelip mata.

Kenal seseorang itu senang, dalam sekelip mata boleh kenal seseorang, sayang pada seseorang pun senang, dalam beberapa minit kita boleh sayang, untuk jatuh cinta juga senang hanya dalam beberapa jam dah boleh jatuh cinta pada seseorang, tetapi!!! Untuk melupakan seseorang yang kita sayang itu memerlukan lebih dari 1 tahun baru dapat lupakan itu pun kalau boleh, kalau hati dah sayang memang susah untuk lupakan dia.

Jadi, Fierul sekarang dah tak berhubung langsung dengan Mr. teddy, so i'm alone now. Tapi tak bermakna Fierul dengan Mr. teddy da putus, kami still cuma buat masa ni kami dah tak berhubung, untuk memudahkan masalah ni.

Jadi sampai sini saja la, Fierul dah tak larat nak tulis nak rehat kejap dah tak ada idea, korang yang banca entri ni boleh tinggalkan komen kat kotak komen,rajin-II la follow blog ni,dan doakan Fierul selamat dah berjaya, serta semoga masalah Fierul boleh selesai.

Assalamualaikum.
byeyeom >.<

Sunday 13 January 2013

Wahai Hati bersabarlah dikau


O Allah,please calm my heart and my soul today,
so many things are out of my control,
I need your love and blessed,
to soothe me and calm me,
your love let me know,
"it will be okay" ( ^_^)

Assalamualaikum..
well hello there( not in a good mood T.T)

hi you all.. hari ni Fierul sad la sebab-II dari first day sekolah.. hemm-II bukan-II dari malam tahun baru hari tu sampai la dah tahun baru pun.. macam-II jadi dalam hidup Fierul.. hati Fierul penant asyik tahan jer kesakitan tu. Mata Fierul penat nangis dalam diam.. Walaupun dimata semua orang Fierul tersenyum, di telinga semua terdengar tawa Fierul tapi tak siapa pun tahu yang sebenarnya hati Fierul sakit.

Biar Fierul cerita. Malam tahun baru ,Fierul sedih sebab there's no new year wishes for me from my mr. Teddy, friends and else. Malam tu dari pukul 8 malam sampai lah pukul 4 pagi baru Fierul tidur itu pun tidur bertemankan air mata.(T.T sedihh..)
Tahun baru bermakna bermulalah satu lagi lembaran baru dalam hidup Fierul. Tak dapat untuk dibayangkan,.

Masuk je sekolah baru ingatkan kawan-II sume ok tapi macam tak je.. diorang mcam tak ambil tahu pun Fierul masuk sekolah. Masa first day masuk sekolah, girlfriend Fierul (kawan baik bukan les tau >.<) tak ada dia dekat Sabah, minggu kedua baru dia masuk. Then, malam tu tiba-II Fierul rasa macam something is missing here, but what? Baru Fierul teringat abang sedara Fierul tak ada , kalau tak dia la yang selalu jadi tempat Fierul luahkan perasaan.Abang Fierul tu pergi PLKN 3 bulan baru balik.

Sekarang Fierul dapat tawaran belajar di sekolah berasrama / kolej vokasional, abang Fierul tak bagi pergi,ayah Fierul pun macam tu, start dri hari Fierul dapat tahu pasal tawaran tu, ayah berubah, cepat touching,ada je benda yang Fierul buat tu salah.

Punca Fierul tulis entri ni ialah, semalam Fierul tengah sembang-II degan ayah,suddenly ada somene call it's a boy actually a guy, ayah cakap nama dia F*****s,sama macam nama Mr. teddy Fierul so Fierul macam tak percaya sebab Mr.teddy tak pernah ada number phone rumah Fierul.Jadi lepas that boy called ayah marah-II Fierul. Malam tu Fierul tanya la Mr. teddy tu, dia cakap ada dia call tu pun sebab dia dapat dua misscall.

Lepas apa yang Mr.teddy tu bagi tahu, Fierul syak inimesti kerja ayah, sebab mak cakap, ayah bagitahu kalau adew je any guy/ boy yang call cari Fierul, Fierul akan diberhentikan sekolah n duduk rumah. It means ayah tu taknak Fierul pergi la.. sedih Fierul kenapa ayah mesti buat macam tu, kalau ayah tak nak just terus terang la kan???

Petang tadi pulak Fierul pergi ziarah mak Fierul dekat kampung, dia sakit kesian dia, mak dah semakin kurus sejak dia sakit, masa Fierul dekat rumah mak tiba-II sakit mak datang, Fierul kesian tengok mak sakit.., Fierul tak tahan Fierul nangis, kesian mak..,masa nak balik tadi Fierul rasa macam tak nak balik, sedih tengok mak, mak pesan sebelum Fierul balik tadi " Doakan mak ya zainon mak dah tak larat,"masa tu Fierul betul-II menitiskan air mata depan mak. Kata-II mak buat Fierul risau seolah-II macam mak dah nak pergi, Fierul tak nak.

Hurmm Fierul rasa cukup la sampai sini,Fierul tengah sedih sangat ni, lain kali Fierul post entri baru lagi okay and by the way, kepada sesiapa yang baca entri ni mari la sama-II doakan kesihatan mak Fierul okay.

Assalamualaikum byeyeom (T.T)

Saturday 12 January 2013

Underestimating people are sucks >.< !!!!

Assalamualaikum...
Hello and hey there... whatsup(hi5)
jumpa lagi kita dalam post baru Fierul.. Kali ni Fierul nak cerita pasal "Underestimating people are sucks". 

Korunk semua mesti pernah kena macam yang Fierul kena kan? Fierul agak mesti korang pernah kena lebih teruk kan??? (erghh memang teruk kan?? >.<)
Sepatutnya kita tak boleh suka-II jer menilai seseorang ni degan sekadar melihat luaran mereka padahal kita sama sekali tak kenal akan orang tu...

Okay la Fierul bagi contoh..., katakanlah kawan or adik korunk dapat tawaran pergi sambung belajar ke kolej,asrama, or else kan??? Then sebab kita ni tak dapat macam mana yang dia dapat or kita ni belum bersedia untuk relakan dia pergi.. pastu kite suka-II jer cakap macam ni:


Abang: "weiyh adik kau boleh ke nak berdikari duduk sorang-II jauh dari family???Aku macam x percaya je kau ni..."
Adik: "alah belum cuba lagi...kau ni sepatut nye kau ni abang aku bagi la moral support, bukan patahkan semangat aku..
Abang: "jangan kau nangis nak balik masa kau kat sana nanti sudah la..heh "
Adik: " aku ke kau yang nangis bila aku tak ada dekat rumah?? (hehe padan muka kena balik)"

Okay tu salah satu contoh underestimate people...Tak patut la kan kita cakap macam tu,kita sepatutnya bagi sokongan dan galakan supaya adik kita or siapa-II pun tak lah patah semangat atau pun nervous bila dia nak pergi nanti. Lagi pun dia pergi untuk belajar, untuk kejar cita-II dia.Bayangkan kalau suatu hari nanti dia berjaya yang gembira siapa? kita jugak kan? yang bangga siapa? kita jugak kan sebab dia tu adik kita.

Macam kes Fierul ni, sama lah macam yang kat atas tu.. Tapi bukan abang or kawan or someone else but ayah Fierul sendiri. Bila dia tahu yang Fierul dapat tawaran tu in a flash dia punya sikap pun berubah, macam nak tak nak je bagi Fierul pergi.Ermm kalau korunk nak tahu kan.., ayah Fierul tu, dalam ramai-II anak dia dengan Fierul la yang dia paling rapat, 
(daddy's daughter>.<that's why dia tak bagi Fierul pergi. Masa adik Fierul masuk asrama tu pun Fierul dengar cerita dia menangis.., ini kan pulak Fierul anak yang paling rapat dengan dia memang akan rindu-rinduan la ayah tu nanti (he5 :P)

Sebenarnya Fierul dah lama tunggu saat-II ni.Fierul nak buktikan dekat ayah yang Fierul dapat buat ayah bangga, bukan angah (adik Fierul)je yang boleh banggakan ayah.., and along(Fierul) janji dengan ayah along akan balik dengan keputusan yang membanggakan ayah..

So okay lah moral f the story is, "don't judge a book, by its cover" okayy.. Itu je yang Fierul nak cakap, apa-II pun ceriakan hari anda dengan senyuman dah berusaha lah untuk capai kejayaan.. salam sayang dari Fierul Assalamualaikum.
Byeyeom >.<

Tuesday 8 January 2013

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum...., he5(jwb-II)
macam yang Fierul janji semalam , hari ni Fierul nak cerita lagi.. 
Tahun baru 2013.. huishh penat n macam tak percaya, Fierul dah 16 tahun.
(oh noooo >.<)
Tahun baru ni jugak hubungan Fierul dengan ehem-II(teddy kitew la :*), masuk tahun ni dah dekat 8 bulan Fierul dengan dia..(hi5) sayang dia sangat-II.
Tahun baru semua mesti nak baru kan macam yang kat bawah ni:
  • Baju baru
  • Beg baru
  • Kawan baru
  • Handphone baru(hi5)
Okay..bukan tu jer macam-II lagi, jadi tahun baru ni Fierul dah ada azam baru..
Fierul nak tingkatkan lagi pencapaian dlam akademik lagi pun tahun depan Fierul ialah Spm candidate (hu5 tkowt) so Fierul kena prepare awal.., selain tu Fierul 
dah azam yang kalau boleh Fierul tak nak gaduh dgn dian teddy Fierul..
Apa-II pun itu azam Fierul azam korang apew pulak???(share la cikit)
Okay la Fierul baru jer balik sekolah ni letih la nak pegi makan nyum-II mak Fierul masak sedap.. hehehe ok la nanti-II kite jumpa lagi..
byeyeom>.<

New Here

Hyep-II yang dekat sana tu.. meh sini,
sebelum terlupa assalamualaikum..,(jawab jgn tak jawab). Comel-II dan handsome-II semua yag baca blog ni..he5.
Hi, biar saya intoduce diri saya, nama mengikut I/C saya ialah Nurul. Tapi saya lebih suka dengan nama Fierul(jgn tanye kenapa). Nama Fierul ni bukan nama Nurul sorang nama tu ada gabungan satu lagi nama, tapi secret(hihihi malu la).Fierul sebenarnya tak ada interest nak buat blog ni..(memang tak minat) tapi, saja-II je Fierul nak test power kan.. tengok-II jadi pulak dah alang-II baik teruskan betul tak???
Ok, dekat bawah ni, butir-II diri Fierul.

Nama: Fierul
Umur: 16 tahun(mangsa SPM tahun 2014)
Tarikh Lahir: 21/8/1997(nak hadiah >.<)
Hobi:Membaca,surf internet,dengar lagu dan memasak( favorite Fierul tu)
Cita-II: Photographer

Hurmm rasanya cukup kot tu je untuk hari ni, sebab Fierul ngantok la(wuarghh),blog ni siap dalam masa sehari jer, tu pun dah pukul 2:23 pagi, jadi Fierul nak undur diri dulu esok-II kita jumpa lagi ok..??? Byeyeom >.<